Tuesday 16 July 2013

KEM ETRAVAGANZA SKOR BESTARI

Hai Assalamualaikum kepada sesiapa yang membaca post aku ni.
So, puasa korang cemana? Okay tak? Tahan tak?

Post aku kali ini bukan pasal bulan puasa, tetapi post kali ini mengenai Perkhemahan yang aku sertai 2 minggu lalu. Pehh lambat gila aku update en, biasa lah calon espiyem busy memanjang :b

Okay lets staright to the point............|
Kem yang aku sertai haritu anjuran pusat tuisyen aku, Skor Bestari. Kem tu berlangsung selama 3hari 2malam bemula dari 5/7-7/7. Serious aku cakap kem ni lah kem yang terbaik aku pernah pergi sebab banyak kenangan dah terukir semasa perkhemahan ni.
Ada member yang suka menyanyi, ada yang suka kacau orang, ada yang kelakar dan macam macam kerenah dorang. Aku pun terikut-ikut sekali. Tapi aku tak kisah, sebab dorang best.

Macam korang tahu, setiap perkhemahan mesti ada aktiviti "ice breaking" atau dikenali sebagai pembahagian kumpulan. Aku ingatkan dapatlah sama kumpulan dengan tembam aku, Malina anak Katmijan tuh. Baru nak mesra mesra sikit. K kalau dia baca post ni mampus :b Tapi aku satu kumpulan dengan beberapa pelajar dari Smktu, Smk Kangkar Pulai, Smk Skudai, Smk Mutiara Rini dan ada sorang yang satu sekolah dengan aku, Smktu2. Ada sesetengah daripada dorang yang aku dah kenal time kat tempat tuisyen macam Kevin, Ila, Mimie, Aty, Shamil dan Nana. Ada yang aku tak berapa kenal sangat macam Fana, Izzul dan Hadi.

Memula tu time baru jumpa masing masing malu. Tapi aku je tak, aku rasa ah :b

So, abang fasi yang handle kem ini iaitu Abg Chiep yang comel suruh kitorang beri nama kumpulan dan buat cheers atau kata kata semangat. So aku suggest ah letak nama Syarikat Selatan, ala ala Harimau Selatan gitu. So doranng setuju. Then time part cheers tu, Shamil yang suggest. Dia suruh kitorang cheers camni

SYARIKAT SELATAN, BOLEH BOLEH BOLEH~
LUASKAN DUITMU, DUIT DUIT DUIT~

Hahaha cool kan? Kitorang layankan je.

So lepas semua dah kenal kenal kitorang buatlah macam macam aktiviti macam Wedding Planner, Explorace dan sebagainya. Kitorang enjoy buat semua aktiviti bersama sebagai satu kumpulan walaupun team kitorang tak menang apa apa :)
Rasanya sampai sini je kot post kali ini, act panjang lagi tapi takut korang bosan baca :b
K geng, tunggu post seterusnya tau. Kbye. Assalamualaikum :)


AHLI AHLI SYARIKAT SELATAN