Friday, 21 June 2013

JEREBU OHH JEREBU.

Hai assalamualaikum pembaca setia blogku :b

Hahaha ayat nak kemana siaa. Well dah lama aku tak update blog ni. Maybe dah nak setahun kot, macam -macam dah berubah. Dah next time aku update pasal apa yang jadi sepanjang tahun ni okay geng. Aku tak update sebab busy dengan hal hal sekolah, biasalah calon yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2013. So jadual agak padat.

Okay, lets move to our main topic.
Sejak beberapa hari ini, kawasan rumah aku dilanda masalah jerebu. Bukan kawasan rumah aku jelah, rumah orang lain pun ada jugak. I mean 1 Malaysia kena..........kot :b.
Berita kata ini berpunca daripada negara Indonesia. Dorang bakar tanah kat sana untuk suburkan pertanian dorang kat sana.
Tapi dorang tak fikir pasal kesannya ke atas negara negara jiran macam Malaysia, Singapura mahupun Brunei. Maybe dorang just fikir pasal keuntungan je. Ingat, kita kan SERUMPUN :)

Well aku dah lah ada asma dan lelah, dan aku nasihatkan bagi orang orang yang mempunyai penyakit berbahaya seperti asma, sakit jantung ke or whatever. Duduk jelah dekat rumah. Tengok je tv tu. Or pakailah topeng/mask kalau nak keluar. Kang sakit susah pulak.

Tapi dalam duka ada suka. Eh macam terbalik je :b Bagi aku dengan bebudak sekolah aku, kitorang rasa pakai mask ni okay jugak. Selain dapat elakkan diri dari penyakit, pakai topeng ni bergaya jugak. Hahahaha pelik kan? Okay sampai sini jelah aku update. Next time aku update lagi k. Assalamualaikum dan salam sayang :*

 Here's are some picture me and my friends during haze at school.